Kertas Kerja Komponen Pengurusan


KERTAS PROGRAM SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR
PENGURUSAN


1.0  PENGENALAN

Sekolah merupakan tempat paling tepat untuk membentuk generasi masa hadapan yang
menghargai alam sekitar. Ini kerana hanya di sekolahlah keperibadian dan
persepsi manusia terhadap alam sekitar dapat dibentuk atau dicorakkan. Apabila sudah
dewasa atau keluar dari alam sekolah, seorang manusia akan lebih sukar untuk dididik
seperti kata pepatah “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”. Sekolah-sekolah di PERAK
telah mula menerapkan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan
pelajarnya dan mewujudkan generasi masa hadapan yang menghargai alam sekitar.
Justeru , bagi menghargai usaha murni pihak sekolah ini maka satu bentuk pengiktirafan diberikan kepada pihak sekolah.

2.0 VISI DAN MISI

VISI : SHUMEL MENGAMALKAN BUDAYA LESTARI SEPANJANG MASA

MISI: SELURUH WARGA SEKOLAH MENZAHIRKAN KEPRIHATINAN TERHADAP KELESTARIAN ALAM SEKITAR MELALUI;

2.1 Amalan Pentadbiran dan Pengurusan
2.2 Pelaksanaan P&P di dalam dan luar bilik darjah
2.3 Aktiviti kokurikulum
2.4 Program Penghijauan

3.0: MOTTO
      “WE CARE WE SHARE”




4.0  TUJUAN / OBJEKTIF

4.1 memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah
4.2 meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan     dan  pemuliharaan alam sekitar
4.3 menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan
4.4 meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan Alam sekitar   
4.5mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang
     mempraktikkanamalan hidup bestari

5.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Jawatankuasa Induk

5.1 Pengerusi               : TH HOD B YAHAYA
                                        PENGETUA KANAN SMK HUTAN MELINTANG
      Timb. Pengerusi    : TH ROSLAIN B OMAR
   PK Pentadbiran
       Naib Pengerusi     : En Rajendra a/l Vellupillai(PKHEM)
                                       En Mahzani b Amir(PK KOKU)
                                       PH Norizan bt Salim(PK Petang)

Jawatankuasa Pelaksana
Penyelaras                   : PH Norizan bt Salim
Setiausaha                   :  Pn Sharifah Mahani bt Ibrahim
Bendahari                    : Pn Farahwahida bt Abd Jalil
Pen. Bendahari            : En Miswan b Abdullah
Juru Odit 1                  : Pn Junainah bt Mohamad
Juru Odit 2                  : En Kamshuri b Kadir

AJK
 Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran
 Semua Guru Kelas
Semua Guru MP
 Semua Kakitangan        
 Semua Pelajar

5.0 SASARAN
SELURUH WARGA SEKOLAH

6.0 JANGKAMASA PELAKSANAAN
       2011 – 2012

7.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Bil
Komponen
Anggaran (RM)
1
Pengurusan
  2797.00
2
Kurikulum
    1733.00
3
Kokurikulum
 
4
Penghijauan
13,365.70

Jumlah


8.0 SUMBER KEWANGAN
       Peruntukan Program Lestari Sekolah; RM10000
       Peruntukan PCG P.Moral
       Peruntukan PCG Sivik dan Kewarganegaraan

9.0 PELAKSANAAN PROGRAM – Rujuk lampiran

.10 PENUTUP

Program SEKOLAH LESTARI Anugerah Alam sekitar  merupakan program tahunan yang
disambut di seluruh Malaysia dan seharusnyalah program seumpama ini turut dapat dirasai oleh warga Perak di mana jua mereka berada. Anugerah LESTARI diharap dapat menjadi pemangkin kepada penerapan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar untuk mewujudkan persekitaran sekolah lestari dan seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang menghargai alam sekitar.
   
 AJK PELAKSANA

BIL
Perkara
PERINCIAN TUGAS
1
JK Perasmian  Sekolah Lestari
  1. En Abdul Haris b Mohd Ihsan(K)
  2. PH Zabaidah bt Zamzuri
  3. En Mohd Ismail b Sahlan
  4. En Gunasilar a/l Munusamy
-                 merancang dan melaksanakan  majlis pelancaran Sekolah Lestari
-                 melancarkan Aktiviti Kempen Kitar Semula

2
JK Disiplin Lestari
  1. En Hassan b Hussin(K)
  2. En Mohd Shaarizan b manaf
-                 Mewujudkan peraturan/disiplin sekolah yang berkaiatan dengan alam sekitar
-                 Mempamerkan peraturan tersebut di tempat yang sesuai
3
INFO DAN SEBARAN MAKLUMAT


Brosur Sekolah & Pamplet
  1. PH Huzaimah bt Mat Sillah(K)
  2. Cik Nora Khadijah bt Hairi

-                 mencari maklumat alam sekitar dan memasukkan ke dalam brosur sekolah
-                 menyebarkan mesej alam sekitar melaui dokumentasi/poster

Papan Kenyataan
  1. En Mohd Adib b Mohd Arshad
  2. En Zulkifli Amin b Mohd Zahar
  3. En Ahmad Zaki b Kamarudzaman
  4. Pn Normala bt Abdul Wahid(Pejabat)
  5. Ketua Guru Rumah/ Penasihat Persatuan/Uniform/Kelab

-                 menyediakan sudut maklumat alam sekitar di bilik darjah/kawasan tertentu sekolah
-                 merancang dan memaparkan maklumat alam sekitar dalam Sudut maklumat Alam Sekitar pada papan kenyataan Persatuan/Uniform/kelab
-                 Memastikan maklumat sentiasa terkini

Pusat Sumber sekolah
Pn Rozawati bt Che Yahaya(K)
JK PSS
-                 Mewujudkan dan memantapkan koleksi bahan bacaan , rujukan dan multimedia alam sekitar di pusat sumber sekolah


Bilik Gerakan Sekolah
  1. Pn Rohana bt Mat Aini(K)
  2. Pn Atifah bt Mohd Satali

-                 Menyediakan sudut maklumat alam sekitar di bilik gerakan
-                 Mencari bahan berkaitan dan pamerkan
-                 Pastikan maklumat sentiasa terkini


Multimedia
  1. Pn Hamidah bt Abdul Rahim(K)
  2. En Abdul Halim b Basirun

-                 Menyediakan tapak web khas untuk alam sekitar
-                 Mengambil maklumat aktiviti sekolah lestari daripada komponen sekolah lestari
-                 Membantu su laporan menyediakan bahan laporan pelaksanaan program lestari dalam bentuk persembahan


Buletin
  1. En Mohd Helmi b Musa(K)
  2. Pn Mas Salmah bt Zubri
  3. En Azwan Hazdi b Umar

-                 merancang dan menyediakan bahan /maklumat alam sekitar/aktiviti program lestari dan dimuatkan ke dalam bulletin sekolah
-                 menerbitkan bulletin khas alam sekitar dan menyebarkan kepada warga sekolah dan masyarakat setempat

Ceramah/bengkel/seminar/lawatan
  1. Pn Norhayati bt Shafiai(SU LADAP)
  2. PH Khalimaton Sadiah bt Sahlan

Merancang aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar untu warga sekolah dan menjadualkan aktiviti tersebut
Mempastikan aktivit berjalan seperti yang dirancang

Perhimpunan
  1. Pentadbir
  2. TH Armain b Mohammad

Menyebarkan mesej alam sekitar dalam perhimpunan
4
PERAKAM PERISTIWA
  1. En Abu Zarim b Ariffin(K)
  2. En Muhammad Shahrie b Suid

Merakamkan semua aktiviti/projek yang berkaitan dengan alam sekitar sebelum majlis pelancaran dan selepas aktiviti dijalankan
Memastikan semua peristiwa yang dirakamkan mempunyai tajuk aktiviti /tarikh/tempat
5
JK Sistem  PEMANTAUAN

  1. Tn Hj Hod b Yahaya(Pengetua Kanan)
  2. Tn Hj Roslain b Omar(PK 1)
  3. PH Norizan bt Salim
  4. Pn Noraini bt Alang Ahmad
  5. PH Rohayah bt Samsuri


-                 Mempunyai kaedah tersendiri untuk memantau pelaksanaan strategi dan pelan tindakan
-                 Membangunkan system audit dalaman
-                 Mencari pendekatan dan langkah memastikan kelestarian program
-                 Merujuk tanda aras dengan sekolah lain yan g berjaya dalam dan luar negeri
6

JK Sistem Pelaporan
1. YM Raja Normah bt Raja Hassan(K)
2.  Pn Sharifah Mahani bt ibrahim
3. En Ahmad Shaufi b Masron
4  En Azizan b Hj Mohd Isa
-                 menyediakan sistem laporan kemajuan program dan aktiviti yang disahkan pengetua sekolah
-                 Memajukan laporan kepada sekretariat kebangsaan
-                 Menunjukkan kreativiti dalam persembahan pelaporan

6
JK SIJIL DAN PENGHARGAAN
  1. En Abdul Rahman b Mat

Menyediakan sijil penghargaan untuk warga sekolah yang terlibat dalam setiap aktiviti alam sekitar
7
JK Pengajaran & Pembelajaran Alam Sekitar Merentas Kurikulum
  1. En Abdul Jalil b Tumin(K)
  2. YM Raja Normah bt Raja Hassan
  3. Semua Ketua Panitia
  4. Semua Guru Mata pelajaran

-                 merancang dan melaksanakan sukatan/rancangan tahunan bertemakan alam sekitar bagi mata pelajaran yang sesuia
-                 melaksanakan Modul Alam Sekitar merentas Kurikulum untuk rancangan P&P Alam Sekitar merentas Kurikulum
-                 menganjurkan program/bengkel/seminar untuk mendedahkan pendidikan alam sekitar kepada guru.
-                 Penubuhan stesen pembelajaran yang sesuai dengan subjek
-                 Menyediakan laporan panitia untuk memastikan guru panitia melaksanakan pendidikan alam sekitar merentasi kurikulum menggunakan format yang disediakan
8
JK Pembentukan JARINGAN DALAM DAN LUAR
  1. En Mustafa b Zait(K)
  2. En Abd Rahman b Mat
  3. Pn Robinah bt Hussain
Mewujudkan hubungan dua hala dan kerjasama dengan pihak berkepentingan di luar sekoloah  untuk melaksanakan program SLAAS
Merancang aktiviti bersama masyarakat setempat untuk meningkatkan kesedaran  alam sekitar
Melaksanakan aktiviti jaringan
Melaporkan aktiviti jaringan

9
JK Amalan 3K


KECERIAAN 3K
 Kelas
1.      PH SAFFIAH BT BUYONG(K)
2.      Pn Noor Azlina bt Sulong
3.      Semua PenyelarasTingkatan
4.      Semua Guru Kelas
5.      En Ramli
-                 memilih nama flora/fauna yang sesuai untuk kelas berdasarkan tahap tingkatan
-                 menempah tanda nama kelas yang telah dipilih
-                 memastikan nama kelas dipasang sebelum sesi persekolahan tahun 2012 bermula
-                 memastikan sudut maklumat Alam sekitar diwujudkan dalam setiap kelas
-                 mewujudkan sudut kitar semula dalam setiap kelas
-                 memastikan kelas mengamalkan amalan 3K
-                 memantau amalan 3K diamalkan mengikut program Lestari

 Luar Bangunan
  1. Cik Inthira Ganthi a/p Rajoo(K)
  2. En Azman b Selamat
-                 memilih mural yang sesuai bertemakan alam sekitar untuk dibuat pada luar bangunan



Bilik-Bilik khas
Semua Ketua Panitia yang ada bilik khas/bengkel


-                 memastikan maklumat alam sekitar dipamerkan
-                 menggunakan kreativiti untuk menghias bilik khas dengan unsur unsur alam sekitar bersesuaian dengan bilik

10
JK Pelupusan Sisa pepejal
  1. En Mohd Hanafiah bt Saad(K)
  2. Pn Chuah Chooi Leng
  3. JK Kantin sekolah
  4. Pengusaha Kantin

-                 Merancang, mengurus dan memantau pelupusan sisa buangan berbahaya/toksik
-                 memastikan pihak pengusaha kantin melaksanakan amalan mesra alam dan menguruskan pelupusan bahan buangan secara terancang
-                  
11
JK Kitar Semula
1. En Mohd Ismail b Shahlan(K)
2. En Gunasilar a/l Munusamy


-                 merancang dan melaksanakan program Kitar semula
-                 mengadakan Kempen Kitar Semula semasa majlis Pelancaran Sekolah Lestari
12
JK Tajaan dan Sumbangan
Pn Suzana bt Panut(K)
Cik Parameshwary a/p Rama Krishnan
En Chooi Kim Wai
En Muhammad b Yakob


-                 membuat surat permohonan tajaan
-                 Mendapatkan tajaan daripada syarikat/organisasi/badan berkanun
             


KRITERIA PENGHAKIMAN
1    Anugerah lestari
1.1 Memenuhi kesemua kriteria penghakiman (memperolehi jumlah markah tertinggi
      bagi kategori No.2 dan No.5) 
1.2 Markah Bonus
      • Elemen khas seperti sekolah melakukan sesuatu atau projek atas inovasi,
         inisiatif dan kreativiti sendiri yang melibatkan masyarakat setempat selain
        daripada warga sekolah. (Mempunyai rekod atau laporan untuk dirujuk)
      • Temurah Pengetua/Gurubesar, guru dan pelajar mengenai kesedaran dan
         komitmen terhadap alam sekitar.

2. Pengurusan Alam Sekitar Terbaik
2.1 Misi
• Wujud unsur alam sekitar di dalam misi sekolah.
2.2 Organisasi
• Menubuhkan jawatankuasa penyelaras yang terdiri daripada pentadbir, ahli
PIBG, guru, staf sokongan dan wakil pelajar.
• Kekerapan mesyuarat ; mempunyai fail dan minit untuk dirujuk.
2.3 Strategi dan Pelan Tindakan Pelaksanaan
• Perancangan Program dan Aktiviti
-Menyebarkan mesej alam sekitar dalam perhimpunan dan papan
kenyataan
-Koleksi bahan bacaan, rujukan dan multimedia alam sekitar di pusat
sumber sekolah.
-Mengadakan dan mengimpelentasikan peraturan sekolah yang
berkaitan alam sekitar.
- Memberi pengiktirafan kepada individu atau kumpulan yang
menyumbang dan terlibat secara aktif dalam melaksanakan program
pendididkan alam sekitar.

• Sistem memantau pelaksanaan strategi dan pelan tindakan
• Sistem laporan kemajuan yang boleh dikemukakan kepada Jawatankuasa
Penilai.
i) Jenis aktiviti dan tarikh pelaksanaan
ii) Jawatankuasa penganjur
iii) Penglibatan warga sekolah/masyarakat setempat
iv) Komen pencapaian
v) Mesyuarat post mortem

3.    Aktiviti Kesedaran Alam Sekitar Terbaik
3.1  Program atau aktiviti yang berkaitan pendidikan alam sekitar.
       • Gotong-royong
       • Program Penggalakan Penanaman Pokok seperti Taman Angkat, Program 1
          Pelajar 1 pokok; dsb
       • Program Khas seperti Hari Kitar Semula, Hari Bumi, Minggu Alam Sekitar
          Malaysia; dsb
       • Seminar, ceramah, pameran, bengkel kepada pelajar, guru dan kakitangan
       • Lawatan sambil belajar, kem alam sekitar dan kembara ke tempat yang
          bercirikan alam sekitar
       • Menganjurkan permainan/sukan yang bertemakan alam sekitar seperti

          Enviro-Hunt, Larian Hijau dsb
       • Penyertaan pertandingan luar sekolah berkaitan alam sekitar, misalnya
          melukis, mewarna, esei, puisi, debat, drama, mencipta barangan kitar
          semula dsb.
          *(Aktiviti dan program direkod sebagai bahan rujukan)

4.       Penghijauan Sekolah Terbaik
4.1     Amalan 5R (Rethink, Reduce, Repair, Reuse, Recycle)
          • Menggunakan kertas depan dan belakang
          • Pengasingan sampah
          • Menggunakan air hujan untuk siram pokok dsb
          • Baja kompos dari sisa makanan dan tumbuhan
4.2 Pengurusan Sumber
          •Penjimatan air dan letrik
          • Cara saranan ; notis, papan kenyataan, poster, pengumuman dsb
             * (Bil bulanan disimpan untuk rekod perbandingan)
4.3 Penghijauan Taman
          • Rekabentuk dan konsep taman serta peranan pokok misalnya, Taman Sains,
            Taman Herba, Taman Kaktus dsb
          • Ada keterangan dan fungsi pokok
          • Pelabelan pokok dengan nama saintifik & tempatan
          • Penggunaan baja organik

5. Kebersihan Dan Keindahan Persekitaran Sekolah
5.1 Kebersihan persekitaran sekolah
          • Lanskap
          • Longkang
          • Kaedah pengurusan sampah
          • Tempat pengurusan sampah
          • Memanfaatkan tempat pengasingan sampah
5.2 Keceriaan bangunan sekolah
          • Keadaan cat
          • Mural yang menarik atau berkaitan dengan alam sekitar
5.3 Tahap kebersihan kantin
          • Pengurusan sampah di tempat memasak dan pengasingan sampah
          • Peralatan memasak, pinggan mangkuk dsb
          • Penggunaan bekas makanan untuk pelajar – tidak menggunakan styrofoam
          • Kaedah mengawal serangga seperti lalat dan lipas
          • Kebersihan perparitan di kawasan kantin
5.4 Tahap kebersihan tandas
          • Tiada pencemaran bau
          • Lantai bersih dan kering
          • Sinki bersih dan tiada kesan kotoran
          • Mangkuk tandas yang sempruna dan bersih
          • Tiada penyalahgunaan tandas (vandalism)
          • Peralatan tandas yang lengkap dan selesa (contoh; baldi, gayung, sabun)
          • Bakul sampah yang bersih






No comments:

Post a Comment