Thursday 9 February 2012

SELAMAT DATANG

Kata-kata aluan Tuan Pengetua


Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera

Saya ingin merakamkan jutaaan terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam laman blog lestari ini. Pihak sekolah senantiasa berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam semua aspek khususnya dalam bidang kurikulum, sahsiah, dan menambah baik prasarana sekolah. Usaha ini pastinya memerlukan sokongan bukan sahaja daripada guru-guru tetapi juga ibu bapa dan para pelajar. Tanpa usaha yang kolektif ini sudah tentu perkara yang dirancang menemui kegagalan.

Melalui laman blog ini, pihak sekolah ingin menerangkan konsep 'we care we share' dalam kalangan warga shumel, yang akhirnya akan melahirkan rasa kekitaan dan kebersamaan untuk melaksanakan tanggungjawab mengikut fungsi dan peranan yang diamanahkan.

Sekian, Terima Kasih