Kertas Kerja Komponen Kurikulum




SEKOLAH LESTARI (ANUGERAH ALAM SEKITAR)

KERTAS KERJA BIDANG KURIKULUM


1.0  PENGENALAN

Pelaksanaan Program Sekolah Lestari yang mencakupi komponen kurikulum adalah wadah dalam proses mengerakkan,melaksanakan dan menjitukan terutama dalam sesutau proses pengajaran dan pembelajaran antara para guru dan pelajar-pelajar di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah.Secara lansung,penekanan dalam bidang ini dapat   menerapkan elemen pendidikan alam sekitar di kalangan warga sekolah melalui mengintegrasikan pengetahuan,kemahiran dan nilai-nilai murni yang ada dalam pendidikan alam sekitar.Intihanya, penglibatan warga sekolah dalam program ini memberi peluang kepada mereka untuk mengamal,menghayati dan membudayakan ciri-ciri mesra alam bukan sahaja di persekitaran sekolah malahan di rumah,komuniti setempat dan negara.

2.0  VISI
SHUMEL MENGAMALKAN BUDAYA LESTARI SEPANJANG MASA


3.0  MISI
     
     Seluruh warga shumel menzahirkan keprihatinan terhadap kelestarian alam sekitar melalui :
1.      Amalan Pentadbiran dan Pengurusan
2.      Pelaksanaan P&P di dalam dan luar bilik darjah
3.      Aktiviti Kokurikulum
4.      Program Penghijauan


4.0  MOTTO
”DARI ALAM SEKITAR UNTUK ALAM SEKITAR”



5.0  OBJEKTIF
i.              menerapkan nilai-nilai pendidikan alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran(P&P)
ii.            mendapat pengalaman,pengetahuan dan kefahaman tentang alam sekitar
iii.           melaksanakan modul rancangan dan pembelajaran alam sekitar merentas kurikulum
iv.        melibatkan diri dalam program/bengkel/seminar untuk mendedahkan pendidikan alam     sekitar kepada warga sekolah








6.0  JAWATANKUASA

            JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI                   : TN.HJ HOD BIN YAHAYA AMN
                                           PENGETUA  KANAN SMK HUTAN MELINTANG

TIMB.PENGERUSI          : TN.HJ ROSLAIN BIN OMAR
                                           PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

NAIB PENGERUSI          : EN.RAJENDRA A/L VELUPPILLAI
                                          PEN.KANAN HAL EHWAL MURID

                                         : EN.MAHZANI BIN AMIR
                                           PEN.KANAN KO KURIKULUM

                                         : PN HAJJAH NORIZAN BT SALIM
                                           PEN.KANAN PENYELIAAN PETANG

                                        JAWATANKUASA PELAKSANA           

PENYELARAS                 :EN.ABDUL JALIL BIN TUMIN

SETIAUSAHA                   :PN.RAJA NORMAH BT RAJA HASSAN

AHLI JAWATANKUASA:

   1.SEMUA KETUA PANITIA MATA PELAJARAN
   2.SEMUA GURU MATA PELAJARAN TINGKATAN PERALIHAN –TINGKATAN 5
   3.GURU-GURU KELAS TINGKATAN PERALIHAN – TINGKATAN 5
   4.GURU PUSAT SUMBER
   5.GURU-GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

7.0  KUMPULAN SASARAN
      Guru-guru dan semua pelajar Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5

8.0  TARIKH
2011-2012

9.0  TEMPAT
9.1  Kelas
9.2  Pusat Sumber
9.3  Stesen Pembelajaran


10.0   ANGGARAN PERBELANJAAN
            Membeli bahan P&P                                       RM 200.00
            Membeli papan tanda                                     RM 300.00
            Hadiah Pertandingan                                      RM 200.00
            Seminar/bengkel/program                              RM 150.00
                                                            Jumlah                               850.00

11.0  SUMBER KEWANGAN
         Peruntukan Jabatan Alam Sekitar(JAS)

12.0  STRATEGI PELAKSANAAN
  -Lihat Lampiran

13.0 PENUTUP         
        Kejayaan sekolah lestari dalam komponen kurikulum bukan sahaja bergantung kepada komitmen guru-guru sekolah ini sebagai pelaksana malah melibatkan rangkaian semua pihak yang terlibat.Diharapkan dengan adanya pelestarian sekolah ini dapat melahirkan pelajar-pelajar sekolah ini yang sentiasa bersyukut kepada Tuhan yang mencipta alam semesta dan dapat membentuk  tingkahlaku yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar amnya.                       

No comments:

Post a Comment