SMK HUTAN MELINTANG
36400 HUTAN MELINTANG, PERAK DARUL RIDZUAN
KOD SEK: AEA5076 TEL: 05-6411378 FAX: 05-6415516 e-mail:SMKHUMEL@TM.NET.MY
Ruj.Tuan :
Ruj.Kami :SMK.HM.Pk/SL(1)
Tarikh :
6HB OKT 2011
Kepada,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Teluk Intan,
36000 Teluk Intan
Perak
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN BAGI MENJAYAKAN PROGRAM SEKOLAH LESTARI-ANUGERAH ALAM SEKITAR TAHUN 2011-2012
Dengan segala hormatnya perkara atas dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa
Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang telah dipilih sebagai Sekolah
Lestari oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS),Kementerian Sains,Teknologi dan Alam
Sekitar dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan kini sedang
melaksanakan Program Sekolah Lestari(Anugerah Alam Sekitar) bagi tahun
2011-2012.
3. Untuk pengetahuan pihak
tuan,program ini bertujuan membantu sekolah ini memperkukuhkan proses
pendidikan alam sekitar iaitu menerapkan kesedaran warga sekolah ini,komuniti
setempat,pihak swasta,badan bukan kerajaan(NGO) dan kerajaan terhadap
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar selaras dengan Dasar Alam Sekitar
Negara.
4. Oleh demikian,pihak
sekolah memohon jasa baik pihak tuan agar dapat memberikan sumbangan kepada pihak
sekolah ini terutamanya sumbagan membekalkan beberapa jenis pokok-pokok dan
bunga-bunga bagi menjayakan usaha untuk program penghijauan persekitaran
kawasan sekolah.Senarai jenis pokok-pokok dan bunga-bunga yang ingin pihak
sekolah mohon adalah seperti yang dinyatakan dalam lampiran.
5. Sehubungan itu,segala
kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,terima kasih.
“BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
Daripada:
………………………………………………
………………………………………………
……………………………………………...
……………………………………………..
Ruj.Tuan:
Ruj.Kami:
SMK.HM.Pk/SL(1)
Tarikh
:
Pengetua,
SMK Hutan Melintang,
36400 Hutan Melintang,
Perak Darul Ridzuan.
(U.P: )
Tuan,
SUMBANGAN
PROGRAM SEKOLAH LESTARI(ANUGERAH ALAM SEKITAR) TAHUN 2011-2012
Merujuk seperti perkara di atas,dengan ini pihak kami bersetuju/tidak
bersetuju untuk memberikan sumbangan seperti yang dipohon oleh pihak tuan.
2.Kami berharap semoga Program Sekolah Lestari(Anugerah Alam Sekitar)
sekolah tuan akan mencapai kejayaan yang sewajarnya dengan usaha yang telah
ditunjukkan.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
LAMPIRAN
Senarai jenis pokok-pokok
dan bunga-bunga yang diperlukan
BIL
|
JENIS POKOK DAN BUNGA
|
KUANTITI
|
1
|
JARUM
|
40
|
2
|
YTT(YESTERDAY,TODAY,TOMORROW
|
40
|
3
|
BUCIDA
|
10
|
4
|
RUELLIA
|
20
|
5
|
FOX (EKOR MUSANG)
|
10
|
6
|
KESENAI
|
5
|
7
|
BUNGA KERTAS
|
30
|
8
|
MERAWAN SIPUT JANTAN
|
20
|
9
|
TIARA PAYUNG
|
20
|
10
|
TANJUNG
|
30
|
2) SURAT RASMI LESTARI
SMK HUTAN MELINTANG
36400 HUTAN MELINTANG, PERAK DARUL RIDZUAN
KOD SEK: AEA5076 TEL: 05-6411378 FAX: 05-6415516 e-mail:SMKHUMEL@TM.NET.MY
Ruj.Tuan :
Ruj.Kami :SMK.HM.Pk/SL(1)
Tarikh :
Kepada,
………………………………………
………………………………………
………………………………………
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN BAGI MENJAYAKAN PROGRAM SEKOLAH LESTARI-ANUGERAH ALAM SEKITAR TAHUN 2011-2012
Dengan segala hormatnya perkara atas dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa
Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang telah dipilih oleh Jabatan Alam
Sekitar(JAS),Kementerian Sains,Teknologi dan Alam Sekitar dengan kerjasama
Kementerian Pelajaran Malaysia dan sedang melaksanakan Program Sekolah
Lestari(Anugerah Alam Sekitar) bagi tahun 2011-2012.
3. Untuk pengetahuan pihak
tuan,program ini bertujuan membantu sekolah ini memperkukuhkan proses
pendidikan alam sekitar iaitu menerapkan kesedaran warga sekolah ini,komuniti
setempat,pihak swasta,badan bukan kerajaan(NGO) dan kerajaan terhadap
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar selaras dengan Dasar Alam Sekitar
Negara.
4. Oleh demikian,pihak
sekolah memohon jasa baik pihak tuan untuk memberi sumbangan samada dalam
bentuk kewangan atau perkara-perkara yang berkaitan dengan alam sekitar bagi membiayai
kos Program Sekolah Lestari(Anugerah Alam Sekitar). Sumbangan pihak tuan dalam
bentuk kewangan boleh dibuat dalam bentuk wang pos/cek/tunai kepada KOPERASI
SM HUTAN MELINTANG BHD,Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang, 36400
Hutan Melintang,Perak.
5. Segala kerjasama dan
perhatian yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.
Sekian,terima kasih.
“BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
Daripada:
………………………………………………
………………………………………………
……………………………………………...
……………………………………………..
Ruj.Tuan:
Ruj.Kami:
SMK.HM.Pk/SL(1)
Tarikh
:
Pengetua,
SMK Hutan Melintang,
36400 Hutan Melintang,
Perak Darul Ridzuan.
(U.P: )
Tuan,
SUMBANGAN
PROGRAM SEKOLAH LESTARI(ANUGERAH ALAM SEKITAR) TAHUN 2011-2012
Merujuk seperti perkara di atas,dengan ini kami…………………………………………………
Ingin memberikan sumbangan seperti di bawah:
( ) Tunai bernilai RM……………………………
( ) Cek
bernilai(No.Cek:………………………………..) RM……………………………
2.Kami berharap semoga Program Sekolah Lestari(Anugerah Alam Sekitar)
sekolah tuan akan mencapai kejayaan yang sewajarnya dengan usaha yang telah
ditunjukkan.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
3) SURAT TERIMA KASIH
SMK HUTAN MELINTANG
36400 HUTAN MELINTANG, PERAK DARUL RIDZUAN
KOD SEK: AEA5076 TEL: 05-6411378 FAX: 05-6415516 e-mail:SMKHUMEL@TM.NET.MY
Ruj.Tuan :
Ruj.Kami :SMK.HM.Pk/SL(1)
Tarikh :
16HB OKT 2011
Kepada,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Teluk Intan,
36000 Teluk Intan
Perak
Tuan,
UCAPAN TERIMA KASIH ATS SUMBANGAN MPTI UNTUK PROGRAM SEKOLAH LESTARI
Merujuk perkara di atas,Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang
ingin melahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Teluk
Intan atas sumbagan pokok dan bunga yang pihak kami terima baru-baru ini.
2.Justeru dengan sumbangan yang telah pihak
kami terima daripada pihak Majlis dapat membantu menjayakan Program Sekolah
Lestari.
3. Sehubungan itu,segala
kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,terima kasih.
“BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
Sumbangan BUNGA dan POKOK DARIPADA
MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN
KEPADA SMK HUTANMELINTANG UNTUK
MENJAYAKAN SEKOLAH lESTARI
PADA 12/10/2011
No comments:
Post a Comment