PROGRAM SEKOLAH LESTARI-ANUGERAH ALAM SEKITAR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HUTAN MELINTANG
SHUMEL(SEKOLAH HARAPAN UNTUK MEREALISASIKAN ELEMEN
LESTARI)
1.0 PENDAHULUAN
Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar
merupakan program usahasama Jabatan Alam Sekitar,Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar dan Kementerian Pelajaran Malaysia.Pelaksanaan Program Sekolah
Lestari-Anugerah Alam Sekitar SMK Hutan Melintang adalah wadah dalam proses
melaksanakan dan memantapkan pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar yang memerlukan pengetahuan,kefahaman,perubahan sikap
warga sekolah dan penyertaan masyarakat.Dalam erti kata lain,ianya bertujuan
membantu sekolah ini memperkukuhkan proses pendidikan alam sekitar sedia
ada.Elemen pendidikan alam sekitar dapat diterapkan pada kalangan guru dan
pelajar secara langsung dan komuniti setempat secara tidak langsung dengan
mengintegrasikan pengetahuan,kemahiran dan nilai murni alam sekitar.
2.0 DEFINISI SEKOLAH LESTARI-ANUGERAH ALAM SEKITAR
Membudayakan
pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek
pengurusan,penghijauan,kurikulum dan kokurikulum secara berterusan bagi
mewujudkan amalan yang selaras dengan
konsep pembangunan lestari.
3.0 MATLAMAT
Bagi
memantapkan lagi kesedaran dikalangan warga sekolah ini agar lebih menghargai
alam sekitar serta kepekaan terhadapnya.
4.0 OBJEKTIF
Sekolah
Lestari dibentuk bagi mencapai objektif berikut:
a.memupuk
nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah.
b.meningkatkan
tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
c.menggalakkan
warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan.
d.meningkatkan
kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan
pendidikan alam sekitar.
e.mewujudkan suasana
sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang
mempratikkan amalan hidup lestari.
5.0 VISI
SHUMEL MENGAMALKAN BUDAYA LESTARI SEPANJANG MASA
6.0 MISI
Seluruh warga SHUMEL menzahirkan keprihatinan terhadap
kelestarian alam sekitar melalui:
1.Amalan pentadbiran dan pengurusan
2.Pelaksanaan P&P dalam dan luar
bilik darjah
3.Aktiviti kokurikulum
4.Program Penghijauan
7.0 MOTO
WE CARE WE SHARE
8.0 TEMPAT
Kawasan persekitaran SMK Hutan Melintang
9.0 SASARAN
Seluruh warga sekolah, PIBG, masyarakat setempat, agensi
kerajaan, badan bukan kerajaan(NGO) dan pihak swasta.
10.0 TARIKH
OGOS 2011-2012
11.0 SUMBER KEWANGAN
a.Peruntukan
Jabatan Alam Sekitar (RM10000)
b.PCG Panitia Mata Pelajaran
c.Sumbangan Luar
12.0
JAWATANKUASA INDUK SLAAS
PENASIHAT : TN HJ
AHMAD BIN ABDULLAH
YDP PIBG SMK HUTAN MELINTANG
PENGERUSI : TN HJ
HOD BIN YAHAYA
PENGETUA KANAN SMK HUTANMELINTANG
TIMB.PENGERUSI : TN.HJ
ROSLAIN BIN OMAR
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
NAIB PENGERUSI : EN.MAHZANI BIN AMIR
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
EN.RAJENDRA A/L VELLUPILLAI
PENOLONG KANAN HALEHWAL MURID
PN.HJH NORIZAN BT SALIM
PENOLONG KANAN PENYELIAAN PETANG
SETIAUSAHA : EN.ABDUL JALIL BIN TUMIN
PEN.SETIAUSAHA : CIK NORA KHADIJAH BT KHAIRI
BENDAHARI : PN.FARAWAHIDA BT ABDUL JALIL
PEN.BENDAHARI : EN.MISWAN BIN ABDULLAH
PENYELARAS-PENYELARAS KOMPONEN
PENY. PENGURUSAN : PN.HJH NORIZAN BT SALIM
SETIAUSAHA : PN.SHARIFAH MAHANI BT IBRAHIM
PENY.KURIKULUM : EN.ABDUL JALIL BIN TUMIN
SETIAUSAHA PN.RAJA NORMAH BT RAJA HASSAN
PENY.PENGHIJAUAN : PN.ROHAYAH BT SAMSURI
SETIAUSAHA : EN.AHMAD SHAUFIE BIN MASRON
PENY.KOKURIKULUM : PN.NORAINI BT ALANG AHMAD
SETIAUSAHA : EN.AZIZAN BT MOHD ISA
13.0 KOMPONEN
SEKOLAH LESTARI
13.1 Komponen Pengurusan
13.2 Komponen Penghijauan
13.3 Komponen Kurikulum
13.4 Komponen Kokurikulum
14.0 PENUTUP
Menjadi harapan pihak sekolah
agar program sekolah lestari yang dirancang dapat
memenuhi matlamat, objektif, misi dan
visi yang telah digariskan. Seharusnya,program
aktiviti yang dirangka
akan mampu memberikan
input yang terbaik sebagai satu
pengalaman berharga yang sangat berguna ke arah mencapai generasi lestari yang
mampu mengubah kehidupan alam kita agar tidak pupus. Seterusnya, pemeliharaan
dan pemuliharaan yang berterusan mampu mengekalkan kehidupan flora dan fauna
yang bukan sahaja untuk ditatap malahan dapat dirasai sentuhannya. Pelaksanaan
SLAAS diharap mampu dijadikan peneraju kepada warga sekolah ini untuk menerajui
keindahan alam sekitar dengan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan sebagai
pewaris mahkota alam sekitar ciptaan
Tuhan.
CARTA ORGANISASI
No comments:
Post a Comment